PENGENALAN

DEFINISI MEDIA MASSA


Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan cara yang pelbagai. Media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik. Media cetak pula menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, atau komik untuk menyebarkan maklumat mereka. 

Media luaran merupakan satu bentuk media massa yang terdiri dari papan iklan, tanda atau kenyataan yang diletakkan di luar dan di dalam bangunan perdagangan, stadium sukan, kedai dan bas. Media luaran lain termasuk papan tanda terbang (ditunda oleh kapal terbang), kapal udara, dan penulisan di langit.Ucapan umum dan perhimpunan diatur juga boleh dianggap sebagai media massa.

 Media digital merangkumi kedua-dua komunikasi massa Internet dan web mudah alih. Pembekal media Internet memberikan banyak perkhidmatan media massa, seperti email, tapak web, blog, dan radio dan televisyen berasaskan internet. Banyak saluran media massa lain memiliki kehadiran di web, seperti memiliki iklan TV yang memiliki pautan pada tapak web, atau menyebarkan Kod QR pada cetakan atau media luaran bagi memandu pengguna mobil ke laman web. Melalui cara ini, mereka boleh menggunakan capaian mudah yang dimiliki Internet, dan penyebaran yang dibolehkan melalui Internet, kerana maklumat boleh disiarkan dengan mudah pada banyak wilayah di dunia secara serentak dan efisen kos.


DEFINISI AKHLAK REMAJA

        


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998),akhlak memberi maksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat sama ada baik atau jahat. Menurut Kamus Za'ba (2000), akhlak memberikan dua pengertian iaitu pengertian yang pertamabermaksud watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada daripada pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran,hadis dan ahli sufi. Rahman Md. Aroff (1996) menyatakan bahawa akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud kepercayaan,keyakinan, pegangan,sikap, tabiat dan tingkah laku. 

Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran" . Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan,keyakinan, pegangaan sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad s.a.w.yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran. Akhlak menurut istilah Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkan perbuatandan tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan hadis.



No comments:

Post a Comment

HOME

                NUR AFIFAH NATASHA BINTI NOOR ILHAM             04DAT22F1034              DZUHAIDAH BINTI DZULKARNAI             04DAT22F106...