LANGKAH

 LANGKAH UNTUK MEMBENDUNG BUDAYA KEGANASAN DALAM KALANGAN REMAJA ISLAM


PERANAN IBU BAPA
-ibu bapa memainkan peranan penting kepada anak-anak kerana dapat memberikan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perilaku kasar dan keganasan anak-anak mereka menerusi paparan media.Ibu bapa diharapkan dapat memberikan perhatian dan meluangkan masa untuk memantau anak-anak mereka yang terdedah kepada media massa atau media sosial.


PERANAN PARA PENDIDIK
-para pendidik memainkan peranan penting supaya dapat memikirkan cara membimbing dan membantu pelajar memilih rancangan yang baik agar media tidak disalahgunakan.Justeru para pendidik diharapkan memimpin pelajar untuk menjadikan media sebagai wadah meningkatkan ilmu pengetahuan.


PERANAN MASYARAKAT
-masyarakat memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah keganasan kerana dapat menyedarkan mereka betapa seriusnya masalah keganasan dalam kalangan remaja akibat pendedahan media yang tidak dikawal.Justeru masyarakat diharapkan agar dapat melaporkan dan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa jika berdepan dengan masalah tersebut.


PERANAN MEDIA MASSA
-media massa perlu memainkan peranan yang berkesan dalam mempengaruhi hati dan minda para remaja.Media massa seperti televisyen,radio,internet ataupun media cetak yang merupakan perantara yang paling dekat dengan jiwa remaja perlu menyiarkan program-program yang boleh memberikan kesedaran kepada remaja terutama dalam usaha remaja mencari jati diri mereka.Misalnya,program seperti Rancangan realiti Imam Muda atau Ustazah Pilihan amat berguna kepada remaja kerana melalui program ini terdapat info yang amat berguna untuk remaja.


PERANAN KERAJAAN
-pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah keganasan dalam kalangan remaja.Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang.Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar segala nilai-nilai murni yang cuba diterapkan melalui program ini akan diamalkan oleh para remaja.Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) yang pernah dianjurkan oleh kerajaan adalah satu program yang baik kepada remaja.Hal ini demikian kerana melalui program ini,remaja akan mempunyai jati diri,nilai moral yang tinggi dan taat kepada agama,bangsa dan negara.
All reactions:
1

No comments:

Post a Comment

HOME

                NUR AFIFAH NATASHA BINTI NOOR ILHAM             04DAT22F1034              DZUHAIDAH BINTI DZULKARNAI             04DAT22F106...