SOALAN 1
Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan cara yang pelbagai. Media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik. Media cetak pula menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, atau komik untuk menyebarkan maklumat mereka.
SOALAN 2
- Banyak program atau siaran berkaitan keganasan ditayangkan tidak kira sama ada oleh media tempatan atau antarabangsa yang mengakibatkan remaja akan terpengaruh dengan watak-watak antagonis atau watak jahat dalam drama atau filem yang ditonton.
- Seterusnya, remaja pada masa kini boleh mencari atau mempelajari aksi-aksi keganasan melalui aplikasi Google, Youtube dan sebagainya. Antara contoh pengaruh budaya keganasan dalam kalangan remaja adalah seperti buli siber dengan cara memalukan seseorang di media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan Tiktok.
- Akhir sekali, terdapat banyak permainan video yang berjaya mempengaruhi ramai remaja seperti Mobile Legend, PUBG, Fortnite, FreeFire dan banyak lagi. Permainan video ini berunsurkan keganasan seperti pergaduhan, tembak menembak dan juga pembunuhan. Semakin banyak nilai keganasan yang terdapat dalam suatu permainan video itu, maka ia akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menimbulkan pengaruh negatif kepada remaja Islam.
SOALAN 3
Cara untuk menangani masalah pengaruh media massa terhadap remaja islam ialah dengan kawalan dari orang dewasa seperti ibu bapa.Ibu bapa mestilah memantau pengguanaan sosial media anak -anak supaya tidak terpengaruh dengan keganasan dan perkara yang tidak faedah.Selain itu,sebagai remaja kita perlulah pandai memilih kawan agar tidak mudah terpengaruh dengan dunia barat.Akhir sekali,kita mestilah pandai menguruskan masa dengan tidak emnghabiskan masa dengan bermain telefon.
No comments:
Post a Comment