CARA

 CARA MEDIA MASSA MEMPENGARUHI PEMIKIRAN REMAJA ISLAM DENGAN BUDAYA KEGANASAN.


Kewujudan media massa yang meliputi media cetak, media elektronik dan internet ini sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan remaja Islam. Terdapat tiga cara yang boleh kita perhatikan bagaimana media massa mempengaruhi remaja Islam kearah budaya keganasan. Antaranya ialah:



Filem yang tidak bermoral

Media massa yang paling utama dalam mempengaruhi pemikiran remaja Islam dengan budaya keganasan adalah melalui televisyen. Melalui televisyen , banyak program atau siaran berkaitan keganasan ditayangkan tidak kira sama ada oleh media tempatan atau antarabangsa. Cara ini dapat mempengaruhi remaja dengan mudah di mana remaja akan meniru aksi, gaya dan budaya yang ditonton. Kebanyakan remaja pada masa kini lebih suka menonton filem dan drama yang ditayangkan di televisyen, secara tidak langsung remaja akan terpengaruh dengan watak-watak antagonis atau watak jahat dalam drama atau filem yang ditonton. Rancangan yang ditayangkan khususnya di import dari Barat sering memaparkan aksi-aksi keganasan serta gaya hidup yang bebas dan mewah. Bukan itu sahaja, rancangan yang ditayangkan juga memberikan contoh yang tidak baik kepada remaja seperti melawan nasihat ibu bapa, aksi-aksi merompak,mencuri dan membunuh serta aksi-aksi keganasan yang lain. Contoh filem yang mengandungi bentuk keganasan yang dipaparkan menerusi televisyen adalah seperti JokerThe Strangers, Transformers dan banyak lagi.






Rangkaian internet

Pengaruh media massa melalui penggunaan internet secara berleluasa juga merupakan faktor kemasukan pengaruh budaya keganasan. Dengan adanya rangkaian internet, banyak perkara yang boleh diakses dan dicapai oleh remaja. Remaja dapat memuat turun pelbagai aplikasi tanpa sebarang halangan. Banyak perkara tentang keganasan boleh dicari kerana pada era ini semuanya berada di hujung jari sahaja. Remaja pada masa kini boleh mencari atau mempelajari aksi-aksi keganasan melalui aplikasi Google, Youtube dan sebagainya. Antara contoh pengaruh budaya keganasan dalam kalangan remaja adalah seperti buli siber dengan cara memalukan seseorang di media sosial seperti "Whatsapp" , "Facebook", "Instagram" dan "Tiktok". Media massa melalui penggunaan internet ini bukan sahaja mempengaruhi remaja malah berjaya mempengaruhi semua peringkat umur . Media massa ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan namun segelintir remaja Islam telah menggunkannya dengan cara yang salah yang mana mendorong mereka kearah keganasan.






Permainan Video 

Permainan Video juga merupakan salah satu media massa yang memberi pendedahan kepada remaja Islam untuk terdorong ke arah keganasan. Pada era globalisasi ini, terdapat banyak permainan video yang berjaya mempengaruhi ramai remaja seperti Mobile LegendsPUBG, Fortnite, FreeFire dan banyak lagi. Permainan video ini berunsurkan keganasan seperti pergaduhan, tembak menembak dan juga pembunuhan. Semakin banyak nilai keganasan yang terdapat dalam suatu permainan video itu, maka ia akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menimbulkan pengaruh negatif kepada remaja Islam. Kebanyakan remaja Islam lebih cenderung dan mudah terpengaruh dengan tingkah laku orang lain serta mudah terpengaruh dengan sesuatu yang menjadi contoh untuk mereka. Bukan itu sahaja, dengan wujudnya permainan video ini , remaja Islam bukan sahaja mudah untuk terpengaruh dengan aksi  keganasan  malah ia juga akan menyebabkan kelalaian oleh kerana begitu taksub dengan permainan video tersebut. Jadi, orang Barat yang menciptakan permainan video ini bukan sahaja dapat mempengaruhi perkara negatif dalam diri remaja Islam malah sekali gus dapat melalaikan remaja Islam untuk terus melakukan kebaikan berkaitan agama Islam. 




No comments:

Post a Comment

HOME

                NUR AFIFAH NATASHA BINTI NOOR ILHAM             04DAT22F1034              DZUHAIDAH BINTI DZULKARNAI             04DAT22F106...